Taiwan Saman 349 Pemandu Main Pokemon Go

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 11:16 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Sejumlah 349 saman dikeluarkan pihak berkuasa Taiwan terhadap pemandu yang bermain permainan realiti maya, Pokemon Go menggunakan telefon pintar ketika memandu.

Saman itu dikeluarkan sejak Pokemon Go dilancarkan di Taiwan pada Sabtu lepas dengan majoriti pesalah adalah penunggang motosikal.

Menurut Agensi Polis Nasional Taiwan, pemandu kenderaan berdepan saman NT$3,000 (RM383) jika ditahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu, manakala saman bagi penunggang motosikal pula ialah NT$1,000 (RM127).

Selain itu, akhbar Apple Daily melaporkan, seorang pemuda berumur 20 tahun di New Taipei City mengalami retak lutut selepas terjatuh dari motosikalnya pada Sabtu lepas akibat terlalu leka bermain Pokemon Go.

Di Muzium Istana Kebangsaan di sini pula, pihak berkuasa melarang pelawat bermain Pokemon Go di dalam dewan pamerannya yang menempatkan artifak berharga berusia sehingga 7,000 tahun bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Walaupun Pokemon dipuji kerana menggalakkan orang ramai menjadi lebih aktif, pihak berkuasa Taiwan memberi amaran kepada pemain supaya sentiasa berwaspada.

“Tangkap makhluk yang jarang ditemui ini tetapi janganlah sampai terlibat dalam kemalangan,” kata Perdana Menteri Lin Chuan di laman Facebook Kabinet Taiwan. – AFP



Tags / Kata Kunci: Pokemon Go , Taiwan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan