Netizen Kecoh Umur Sebenar Model Jepun

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Wanita yang memiliki kecantikan abadi dapat dilihat dalam pelbagai konteks.

Namun bagi model Jepun ini, ia kelihatan bahawa "kecantikan abadi" boleh difahami dalam konteks yang lebih literal.

Berdasarkan raut wajah dan bentuk badan, Risa Hirako seharusnya berusia 20-an, tetapi sebenarnya dia sudah berumur 45 tahun.



Berdasarkan wajahnya, orang tentu akan berfikir bahawa dia mengambil beberapa penawar awet muda atau saintis Jepun telah menemui satu cara untuk menghentikan masa untuknya.

Bagaimanapun menurut Risa, dia mematuhi diet yang seimbang iaitu buah-buahan, susu badam dan madu.

Selain itu dia juga memberikan tips gaya hidup sihat di blog peribadinya.

Walaupun demikian, orang ramai masih sukar untuk mempercayai bahawa tips yang diberikannya mampu untuk mengekalkan rupanya yang cantik.



Jelas sekali beberapa faktor genetik juga terlibat.

Gambar wajah muda Risa boleh dilihat menerusi akaun Instagram.

Dia juga telah mengeluarkan photobook bertajuk 'HEAVEN' yang boleh didapati di Amazon. -Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Risa Hirako

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan