Delta Batal Beratus-Ratus Penerbangan Selepas Gangguan Sistem Komputer

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 11:23 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Delta Airlines membatalkan beratus-ratus penerbangan dan banyak penerbangan tertangguh selepas syarikat pernerbangan itu berdepan dengan krisis komputer, mencetuskan kekecohan di lapangan terbang di seluruh dunia, Isnin.

Walaupun arahan awal telah dikeluarkan syarikat penerbangan Amerika Syarikat kira-kira enam jam selepas sistem komputer berdepan gangguan, ia terus memberikan amaran pembatalan dan penangguhan kerana masalah ini melibatkan puluhan ribu penumpang yang terkandas di seluruh dunia.

Para penumpang berkerumun di kaunter tiket, duduk di atas lantai di lapangan terbang dan cuba untuk bersabar.

Ejen tiket telah membuat pemeriksaan secara manual terhadap penumpang, menurut laporan berita.

Syarikat penerbangan itu menyalahkan gangguan kuasa di habnya di Atlanta, Georgia yang menyebabkan berlakunya masalah komputer.

Penerbangan telah disambung semula tetapi atas dasar yang terhad dan Delta memberi amaran bahawa kesan kerosakan komputer akan berlarutan.

"Walaupun sistem semakin baik dan penerbangan dapat diteruskan, kelewatan dan pembatalan akan terus berlaku," kata syarikat itu dalam satu kenyataan, sekitar tengah hari.

Pasukan petugas telah bekerja sepanjang masa untuk memulihkan sistem dalam talian, kata Ketua Pegawai Eksekutif Delta Ed Bastian melalui satu mesej video dari pusat operasi syarikat penerbangan itu.

"Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan menjejaskan pengalaman perjalanan anda."

Luciano Resende, 40, yang menunggu di Lapangan Terbang Heathrow London untuk ke San Francisco, berkata proses di lapangan terbang sangat perlahan.

"Saya rasa sudah lama saya menunggu apabila ia dibuat dengan proses manual," Resende memberitahu NBC News.

Sehingga kira-kira pukul 11 malam, syarikat penerbangan itu berkata ia telah membatalkan lebih daripada 740 penerbangan.

Delta mempunyai lebih daripada 15,000 penerbangan sehari bersama-sama dengan rakan-rakan sekutunya.

"Masalah ini berlaku pada masa yang amat buruk kerana pagi Isnin adalah salah masa yang paling sibuk untuk syarikat penerbangan dan penumpang yang perniagaan mula berkerja selepas cuti hujung minggu," kata Ketua Pegawai Eksekutif FlightAware, Daniel Baker.

Delta berkata gangguan bekalan elektrik di Atlanta yang menyebabkan krisis komputer bermula pada jam 2.30 pagi.
Tags / Kata Kunci: Delta Airlines , sistem komputer

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan