Budak Lelaki 12 Tahun Maut Naik Gelongsor Air Tertinggi Dunia

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun itu maut dalam kemalangan ketika bermain gelongsor air tertinggi di dunia.

Caleb Thomas Schwab, anak kepada ahli parti Republikan Dewan Rakyat Kansas, Scott Schwab, meninggal dunia pada Ahad.

Gelongsor Verrückt 17 tingkat itu yang dibuka pada Julai 2014, terletak di Taman Air Schlitterbahn di Kansas City, Kansas.

"Saya dan Michele ingin mengucapkan terima kasih kepada Olathe dan Kansas City, Kansas, masyarakat dan semua rakan-rakan dan keluarga yang memberikan sokongan dan kasih sayang di atas kehilangan kehilangan anak kami, Caleb Thomas Schwab secara tiba-tiba," kata keluarga mangsa dalam satu kenyataan.

Seorang jurucakap taman air itu berkata pegawai-pegawai di taman itu turut bersedih dengan apa yang berlaku sambil menambah: "Memandangkan keselamatan adalah keutamaan kami, kami telah menutup taman di Kansas City pada hari ini dan Isnin dan menutup permainan itu buat sementara waktu sementara menunggu siasatan penuh.

"Ingatan dan doa kami sentiasa mengiringi keluarga dalam masa yang sukar ini."

Bagaimanapun dia tidak boleh menyatakan sama ada mangsa yang berusia 12 tahun itu jatuh daripada permainan itu dan tidak mengesahkan bila sebenarnya kejadian itu berlaku, lapor The Kansas City Star.

Polis Kansas City berkata punca kematian belum disahkan dan siasatan sedang dijalankan.

Mereka yang menaikinya perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 54 inci bagi membolehkan mereka menaiki permainan dengan ketinggian 168 kaki itu.

Di laman web rasmi verrückt, ia berkata mereka yang menaikinya terpaksa berdepan sedikit kegilaan.

"Ia lebih tinggi daripada air terjun Niagara, lebih tinggi daripada Patung Liberty dari kaki ke obornya."
Tags / Kata Kunci: Caleb Thomas Schwab , Verrückt

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan