100 Haiwan Dihantar Ke Malaysia Mati Di Lapangan Terbang Taoyuan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 8:36 PM

Lapangan Terbang Taoyuan, Taipei.

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Pihak berkuasa Taiwan sedang melakukan siasatan selepas lebih 100 ekor burung, dua kucing dan seekor anjing mati akibat strok haba.

Kesemua haiwan itu yang sepatutnya diterbangkan ke Malaysia ditinggalkan di dalam sebuah kontena kedap udara di Lapangan Terbang Taoyuan dekat Taipei pada Khamis selama dua jam sebelum pesawat dijadualkan berlepas.

Menurut pegawai pusat kawalan dan penjagaan haiwan bandar Taoyuan, dua lagi anjing ditemui hidup dan sedang menerima rawatan.

Pegawai perkhidmatan pengendalian darat boleh dikenakan hukuman penjara setahun dan denda maksimum RM127,543 jika mereka didapati sengaja menyebabkan kematian haiwan tersebut.

Media tempatan melaporkan suhu di dalam kontena itu dianggarkan mencecah lebih 60 darjah Celsius.

Mengikut prosedur operasi standard lapangan terbang itu, haiwan terbabit sepatutnya diangkut ke dalam kontena yang mempunyai lubang udara sebelum pesawat berlepas.

Malah, pejuang hak asasi haiwan turut menuntut undang-undang tegas dikenakan terhadap kemudahan pengangkutan haiwan bagi mengelak kejadian sama berulang kembali.

"Rupa-rupanya kakitangan syarikat itu tidak mempertimbangkan nyawa haiwan terbabit dan meninggalkan mereka di luar selama berjam-jam lamanya dalam keadaan cuaca panas terik," kata Pengarah Pencinta Alam Sekitar dan Haiwan Taiwan, Chen Yu-min.

Tags / Kata Kunci: Taipei , haiwan , mati , kontena

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan