Seorang Maut, Lima Cedera Serangan Pisau Di London - Berita Dunia | mStar

Seorang Maut, Lima Cedera Serangan Pisau Di London

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 9:26 AM

Pasukan paramedik di tempat kejadian.

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita maut dan sekurang-kurangnya lima cedera dalam satu serangan menggunakan pisau disyaki angkara pengganas di tengah London.

Polis mengesahkan seorang lelaki ditahan selepas dilihat mengacukan pisau dan mencederakan orang ramai di Russell Square, malam Rabu.

Pasukan polis tiba di tempat kejadian bagi mencari enam mangsa termasuk seorang wanita yang terbunuh akibat kecederaan parah.

Keadaan lima lagi mangsa tidak diketahui berikutan polis masih belum mendedahkan nama dan umur mereka.

Menurut sumber, suspek dilihat mengamuk dengan membawa senjata.

Dilaporkan, suspek ditahan selepas membuat kekecohan di tempat kejadian, berdekatan dengan hotel tiga bintang, Imperial Hotel pada kira-kira pukul 10.40 malam Rabu waktu tempatan (pukul 5.40 pagi Khamis waktu Malaysia).

Difahamkan, polis mengawal keadaan di lokasi kejadian selain pasukan paramedik turut kelihatan. - Mail Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan