Beg Misteri 'Kejutkan' Perkampungan Atlet Olimpik

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 5:26 PM

-fotoEPA

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Serangan keganasan, perkara yang paling ditakuti menjelang Sukan Olimpik Rio yang akan bermula Jumaat ini menyebabkan 600 anggota tentera darat mengawal ketat perkampungan atlet di sini selama sejam, malam Rabu.

Amaran bom segera dibangkitkan apabila sebuah beg besar misteri ditinggalkan tanpa jagaan di sudut gelap di perkampungan atlet Welcome Center, menghalang beratus-ratus atlet dan jurulatih, termasuk beberapa atlet dari pasukan Filipina, daripada kembali ke kawasan itu yang dikawal ketat.

Anggota tentera mengepung perkampungan itu dan robot pengesan bom telah dikerahkan oleh pasukan elit Policia Militar ke tempat kejadian selepas pusat itu dipindahkan.

Satu jam kemudian, keadaan dipastikan baik dan selamat selepas beg itu didapati mengandungi barang-barang peribadi.

Hanya selepas itu adalah atlet dibenarkan untuk masuk dan menikmati makan malam mereka.

Sukan Olimpik kali ini turut menerima ancaman virus Zika, dan dari segi kawalan keselamatan seramai 20,000 tentera telah dikerah untuk mengawal setiap kawasan kejiranan di Rio de Janeiro. - Daily Inquirer / Asia News Network

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan