Gimnas Jepun Terkejut Bil Melambung Gara-Gara Pokemon GO

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 5:07 PM

Kohei Uchimura

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Percubaan Kohei Uchimura untuk menjadi gimnas pertama merangkul kembali pingat emas Olimpik acara all-around gimnastik dalam tempoh lebih dari 40 tahun bermula kurang baik kerana ketagihannya terhadap Pokémon Go menyebabkan bilnya melambung ke AS$5,000 (anggaran RM20,000).

Dikenali sebagai Super-mura, dia yang telah memenangi enam rekod dunia all-around berturut-turut, telah dipujuk oleh rakan sepasukan untuk memuat turun permainan itu sejurus selepas mendarat di Sao Paulo untuk menjalani latihan menjelang perlawanan, minggu lepas.

Tetapi permainan yang menjadi kegilaan global sejak beberapa minggu lalu ini membuatkan Uchimura terkejut dan bingung apabila melihat bil data roamingnya.

"¥500,000 (RM19,995)," kata Uchimura kepada Kyodo News dengan muka merah tersipu malu.

Bagaimanapun, Uchimura bernasib baik kerana syarikat telefon bimbitnya negaranya bersetuju untuk mengetepikan sebahagian besar daripada kos selepas dia menjelaskan kesilapannya.

Dia akhirnya hanya perlu membayar caj kadar rata sekitar AS$30 (RM121) sehari.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan