22 Hilang Jambatan Runtuh Di India - Berita Dunia | mStar

22 Hilang Jambatan Runtuh Di India

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 22 orang hilang selepas dua bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di barat India dalam kejadian sebuah jambatan runtuh, kata pegawai pada Rabu.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian di selatan Mumbai bagi mencari penumpang yang dihanyutkan arus deras. 

Rakaman televisyen menunjukkan sebuah jambatan besi berkonsepkan zaman kolonial British di sungai Savitri runtuh ketika hujan lebat.

"Seramai 22 orang yang berada di dalam kedua-dua bas hilang selepas jambatan runtuh," kata polis di daerah Raigad, Sanjay Patil kepada AFP.

Jambatan yang merentasi sungai itu menghubungkan laluan lebuh raya utama antara Mumbai dan Goa. - AFP

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan