Taufan Nida Lumpuhkan Hong Kong

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2016 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Taufan Nida yang melanda Hong Kong pada lewat petang Isnin melumpuhkan kepulauan itu dengan ratusan penerbangan dibatalkan dan pasaran saham, sekolah serta perniagaan ditutup.

Taufan yang membawa angin kencang selaju lebih 151 kilometer (93 batu) sejam berserta hujan lebat membadai Hong Kong pada waktu malam menyebabkan pihak berkuasa memberi amaran banjir dan tanah runtuh.

Pada Selasa jalan-jalan di Hong Kong kelihatan lengang, proses persekolahan digantung dan para pekerja hanya tinggal di rumah sementara perkhidmatan bas dan kereta api hanya beroperasi secara sangat terhad.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang memberitahu kepada AFP bahawa hanya 200 penerbangan akan beroperasi antara pukul 6 pagi hingga 6 petang waktu tempatan pada Selasa.

Pada hari biasa, lapangan terbang itu akan mengendalikan 1,100 penerbangan.

Taufan Nida bergerak perlahan ke kawasan pedalaman Guangdong dan angin berhampiran pusatnya menunjukkan tanda lemah, menurut Balai Cerap Hong Kong.

Tags / Kata Kunci: Taufan Nida

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan