Taman Popular Pokemon Go Di Australia 'Dikeluarkan' Selepas Aduan Huru-Hara

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2016 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Sebuah taman kecil di pinggir bandar di sini yang menjadi tumpuan ribuan pemain Pokemon Go sehingga menyebabkan kawasan berumput bertukar menjadi kawasan berlumpur, telah 'hilang' daripada permainan mudah alih popular itu selepas aduan huru-hara dibuat.

Tindak balas orang ramai terhadap kawasan yang terletak di Rhodes itu adalah yang terbaharu melibatkan permainan realiti itu sejak ia dilancarkan bulan lepas dan pihak berkuasa tidak berpuas hati dengan cara ia diberi sambutan.

"Hujung minggu, terutamanya pada waktu malam, terdapat sehingga 1,000 hingga 1,500 orang di taman," Timbalan Datuk Bandar Majlis Perbandaran Canada Bay Helen McCaffrey memberitahu AFP.

"Tiada lagi rumput tidak di situ penduduk tidak senang dengan apa yang berlaku," kata beliau mengenai Taman Paterson Peg, yang mempunyai taman permainan dan dikelilingi bangunan apartmen tinggi.

"Apabila Pokemon pelik itu dapat ditangkap, mereka bersorak dan kereta akan membunyikan hon dan trafik menjadi sesak. Saya telah bercakap dengan seseorang beberapa hari lalu yang datang dari Penrith sejauh 45 kilometer untuk bermain."

Pihak majlis menggalakkan penduduk membuat aduan terus kepada pemaju permainan, Niantic, sebuah syarikat perisian berpangkalan di Amerika Syarikat, meminta supaya taman itu dipadamkan daripada permainan selepas mereka mengadu berlaku kekecohan dan banyak sampah dibuang.

"Kesemua tiga Pokestop telah dikeluarkan. Tiada seorang pun manusia yang tinggal di taman itu. Tidak ada," tulis seorang pengguna Facebook lewat Isnin.

Seorang lagi berkata: "Bagi orang yang masih yakin bahawa Rhodes masih lagi 'kawasan panas'....Biarkan ia pergi, ratapilah kehilangannya.... Ia sudah mati! TIADA!"

Permainan ini, yang menggunakan slogan 'catch 'em all' (tangkap mereka semua) meminta pemain mengejar raksaksa maya dengan telefon mudah alih mereka dan Taman Peg Paterson menjadi sangat popular kerana kewujudan Pokemon.
Tags / Kata Kunci: Pokemon Go , Paterson Peg , Canada Bay

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan