Taliban Mengaku Bertanggungjawab Serangan Trak Di Kabul

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 10:07 AM

Tentera mengawal kawasan di Kabul, foto Reuters

(Ubah saiz teks)

KABUL: Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan trak sarat muatan bom ke atas kumpulan tentera dan kawasan khidmat logistik di Kabul pada Isnin, selepas satu letupan kuat kedengaran di seluruh bandar.


Seorang pegawai perkhidmatan keselamatan berkata terdapat empat penyerang bersenjata bertempur di Hotel Northgate berdekatan kawasan kediaman untuk tentera asing dan organisasi awam yang dikawal.

Menurut pihak berkuasa Afghanistan, tiada yang terkorban dalam serangan itu walaupun puak Taliban mendakwa terdapat 'lebih daripada 10 kematian dan kecederaan'.

Kumpulan terbabit sering memperbesarkan tentang sejauh mana serangan yang dilancarkan terhadap sasarannya iaitu kerajaan  Afghanistan dan keselamatan luar negara.

Pasukan keselamatan Afghanistan telah menutup jalan-jalan di sekitar kawasan, iaitu di timur lapangan terbang antarabangsa utama Kabul dan jalan ke pangkalan udara Bagram di utara bandar, selepas serangan itu.

Seorang jurucakap kepada Misi Sokongan Keamanan yang diketuai NATO berkata anggaran kerugian belum dikenalpasti kerana tiada maklumat terperinci.

Menerusi satu kenyataan, Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan berkata pejuang mereka telah memasuki kawasan terbabit.

Serangan berlaku selepas seminggu militan IS mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan berani mati ke atas ahli-ahli minoriti Hazara yang melakukan demonstrasi, membunuh sekurang-kurangnya 80 orang.

Taliban yang sering memaklumkan tidak mahu melibatkan orang awam dalam serangannya berkata kawasan itu jauh dari kawasan perumahan dan tiada orang awam yang terjejas.

Tags / Kata Kunci: Kabul , Taliban , serangan trak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan