Tujuh Tentera Arab Terbunuh Dalam Pertempuran Di Sempadan Yaman

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 9:49 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pegawai tentera Arab dan enam askarnya terbunuh dalam satu pertempuran dengan pemberontak Yaman yang cuba menyelinap masuk ke sempadan negara itu pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA, pemberontak syiah Huthi dan disokong tentera yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh cuba menyusup masuk ke sempadan kawasan selatan Najran.

"Pegawai bersama enam anggota tentera Arab telah mati syahid," kata tentera campuran yang dipimpin Riyadh sambil menambah bahawa pesawat perang Arab telah berjaya mematahkan serangan penyerang.

Selain itu, mereka mendakwa bahawa berpuluh-puluh pemberontak turut terbunuh.

Terdahulu lima pengawal sempadan Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran di sempadan yang sama di kawasan Najran, pada Isnin.

Di Selatan Arab Saudi terutamanya kawasan sempadan Yaman telah diserang beberapa kali sejak Riyadh mengambil alih sekutu tentera Arab pada Mac 2015 bagi memerangi pemberontak syiah Huthi yang cuba mengawal utara Yaman.

Tags / Kata Kunci: Yaman , Riyadh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan