Penerjun Lakukan Aksi Tanpa Payung Terjun

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 7:11 PM

Luke Aikins. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Seorang penerjun udara pada Sabtu menjadi yang pertama membuat terjunan udara pada ketinggian 25,000 kaki (7,620 meter) tanpa payung terjun, dengan mendarat di atas jaring di selatan California, kata seorang jurucakap.

Luke Aikins, 42, dengan pencapaian sebanyak 18,000 terjunan menyempurnakan terjunan itu di Lembah Simi, dengan mendarat di atas jaring berukuran 100 kaki x 100 kaki (30 meter x 30 meter), yang disiarkan di saluran Fox.

Luke Aikins mendarat dengan selamat selepas membuat terjunan udara dari ketinggian 25,000 kaki. Foto EPA

"Terjunan Aikins menyaksikan kemuncak kerjayanya selama 26 tahun yang mencatatkan rekod peribadi dan dunia sebagai terjunan tertinggi tanpa payung terjun atau sut sayap," kata jurucakapnya, Justin Aclin menerusi satu emel.

"Saya berbohong kalau saya katakan tidak gementar," kata Aikins kepada seorang penemuramah di siaran Fox, sebelum menaiki pesawat untuk melakukan terjunan. - Reuters

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan