Gempa Bumi Kuat Di Kepulauan Mariana

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Mariana di Lautan Pasifik awal pagi Sabtu.

Menurut Jabatan Meteorologi, gempa yang berlaku pada pukul 5.18 pagi itu berpusat di kedudukan 1,959 kilometer tenggara dari Yokosuka, Jepun dan 3,310km timur laut dari Kinabatangan, Sabah.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini Sabtu, tiada ancaman tsunami dikeluarkan. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan