Britain Kaji Larangan Penumpang Minum Alkohol Sebelum Naik Pesawat

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 8:56 AM

(Ubah saiz teks)

PENUMPANG penerbangan bakal berdepan dengan peraturan baharu yang tidak membenarkan mereka untuk mengambil minuman beralkohol sebelum menaiki pesawat bagi mengelakkan insiden mabuk dalam penerbangan.

Selain itu, Menteri Penerbangan Britain yang baharu, Lord Ahmad turut mendedahkan bahawa beliau mahu meneliti kewajaran membenarkan premis di lapangan terbang menjual bir, wain dan minuman alkohol sepanjang masa.

Ahmad bertindak campur tangan dalam isu alkohol susulan statistik menunjukkan lebih 440 orang ditahan sejak dua tahun lalu kerana disyaki mabuk di dalam pesawat atau di lapangan terbang.

Lord Ahmad berkata, beliau mahu membuat semakan terhadap cara penjualan alkohol dijual di lapangan terbang berikutan insiden di dalam penerbangan sering melibatkan penumpang mabuk.

Beliau juga berjanji untuk memastikan terdapat cara yang boleh mengadakan sekatan terhadap penumpang mabuk daripada memasuki bahagian perlepasan di lapangan terbang.

Lord Ahmad berkata: "Jika anda berkeluarga yang menaiki pesawat dari titik A ke B, anda tidak mahu timbulnya sebarang gangguan.

"Saya tidak fikir kita mahu merosakkan pengalaman penerbangan itu, tetapi saya fikir adalah penting bahawa penumpang yang menaiki penerbangan perlu bertanggungjawab dan mempunyai tanggungjawab terhadap penumpang lain.

"Mengenai peraturan khusus berhubung waktu premis (menjual alkohol) dan bagaimana mereka beroperasi, secara jelas saya perlu menelitinya."

Lord Ahmad dilantik sebagai menteri penerbangan oleh Theresa May yang menjadi Perdana Menteri Britain baharu awal bulan ini. - Mail Online

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan