Hawaiian Airlines Buat Satu Lagi Pendaratan Kecemasan Di Jepun

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Penerbangan Hawaiian Airlines melakukan pendaratan kecemasan di Tokyo, kejadian kedua seumpamanya yang berlaku di Jepun bulan ini, kata seorang pegawai, Khamis.

Penerbangan HA 442, yang berlepas dari bandar utara Jepun Sapporo ke Honolulu, membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Narita, di luar ibu negara Jepun pada pukul 10.53 malam Rabu.

Juruterbang menamakan keadaan tidak normal terhadap sistem hidrolik Boeing 767, kata seorang pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Corp.

Tiada seorang pun daripada 248 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan itu mengalami kecederaan, katanya.

"Tidak jelas sama ada memang benar terdapat masalah atau hanya terdapat tanda-tanda yang menunjukkan masalah mungkin timbul," kata pegawai itu, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Pejabat syarikat penerbangan itu di Tokyo tidak segera memberikan komen.

Insiden ini adalah pendaratan kecemasan kedua di Jepun dalam masa hampir 10 hari oleh Hawaiian Airlines.

Pada 18 Julai, Penerbangan HA 458 kembali ke lapangan terbang Haneda Tokyo selepas terdapat tanda-tanda di kokpit yang menunjukkan potensi masalah dengan sistem hidraulik dan membuat pendaratan kecemasan.

Tiada siapa yang cedera pada masa itu, tetapi lapan daripada 10 tayar pesawat pecah ketika ia mendarat, dengan sedikit minyak bocor ke landasan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan