Suspek Kes Bunuh 19 OKU Menghadap Pendakwa Raya

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 11:05 AM

Uematsu dibawa pihak keselamatan ke pejabat pendakwa raya di Tokyok, Selasa.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Seorang lelaki Jepun yang disyaki menikam dan membunuh 19 pesakit orang kurang upaya (OKU) di bandar kecil di sini telah dibawa ke pejabat pendakwa raya.

Laporan NHK menyebut, suspek kes pecah masuk ke kemudahan yang menempatkan OKU Tsukui Yamayuri-En di Sagamihara itu adalah bekas pekerja di situ.

Lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Satoshi Uematsu dibawa dari penjara wilayah di bandar Sagamihara, kira-kira 45 kilometer di barat daya Tokyo, ke pejabat Pendakwa Raya Daerah Yokohama di wilayah Kanagawa. 

Dalam serangan awal pagi itu, berpuluh-puluh penghuni lain turut mengalami kecederaan. 

Selain itu, agensi berita Kyodo pula melaporkan Uematsu menyerah diri kepada polis selepas melakukan pembunuhan itu.

Februari lalu, menerusi surat yang ditulisnya, Uematsu mengakui mampu "memusnahkan 470 orang kurang upaya". - Reuters





Tags / Kata Kunci: Jepun , OKU , Sagamihara

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan