Paderi Maut Dikelar Serangan Di Gereja Perancis - Berita Dunia | mStar

Paderi Maut Dikelar Serangan Di Gereja Perancis

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 7:58 AM

Pasukan polis mengawal kawasan dekat sebuah gereja di Saint-Etienne-du-Rouvray, Perancis, di mana seorang paderi, Father Jacques Hamel maut dikelar manakala seorang tebusan cedera parah dalam serangan dua anggota ISIS. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

SEORANG paderi maut selepas lehernya dikelar oleh salah seorang daripada dua lelaki ISIS bersenjatakan pisau yang menyerbu masuk ke sebuah gereja di Normandy, utara Perancis.

'Tentera ISIS' berusia 19 tahun itu dipantau dengan peranti elektronik di buku lalinya selepas ditahan dua kali atas cubaan kerana melarikan diri dari Perancis untuk menyertai kumpulan pengganas itu di Syria.

Walaupun dibebaskan lebih awal dari penjara, lelaki berkenaan iaitu Adel Kermiche yang mendapat syarat ikat jamin tanpa pengawasan dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari mengakibatkan pembunuhan seorang paderi dalam kejadian antara pukul 9 pagi dan 11 pagi.

Kermiche bersama seorang rakannya memaksa paderi Father Jacques Hamel berusia 84 tahun itu untuk berlutut sebelum mengelar lehernya.

Kedua-dua anggota ISIS itu bagaimanapun mati ditembak polis yang kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

Serangan di gereja itu turut menyebabkan seorang biarawati parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Presiden Perancis, Francois Hollande yang melawat berkata, negara itu kini 'dalam keadaan perang' dengan ISIS selepas kumpulan pengganas itu mengaku bertanggungjawab. - Mail Online



   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan