Dua Pesawat Nyaris Bertembung Akibat Kesilapan Pegawai Trafik Udara

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 8:32 AM

Lapangan Terbang Stansted di London.

(Ubah saiz teks)

DUA pesawat nyaris bertembung dengan jarak 700 kaki (213 meter) antara satu sama lain semasa melalui Lapangan Terbang Stansted di London akibat kesilapan seorang pegawai kawalan trafik udara, menurut satu laporan yang didedahkan pada Isnin.

Menurut lembaga keselamatan udara United Kingdom (UKAB), kesilapan itu dilakukan pegawai berkenaan semasa 'tempoh beban kerja yang tinggi'.

UKAB berkata, pegawai itu memberi arahan supaya menaikkan altitude kepada pesawat Boeing 737 untuk berlepas dari Lapangan Stansted, yang dimaksudkan untuk pesawat lain dari syarikat penerbangan sama.

Menurut seorang pegawai, keadaan yang berlaku mengakibatkan pesawat tersebut boleh bertembung dengan pesawat Boeing 777 yang ketika itu sedang menghampiri lapangan terbang.

Kata pegawai itu, jarak antara dua pesawat seharusnya 1,000 kaki (333 meter).

Pegawai kawalan trafik udara itu memberikan arahan lanjut selepas menyedari kesilapannya. 

Bagaimanapun juruterbang bagi pesawat Boeing 737 mendakwa arahan itu tidak jelas dan merasakan terdapat kekeliruan yang dibuat pegawai berkenaan.

Juruterbang itu menyigatkan risiko dua pesawat bertembung adalah 'sederhana tinggi'. - Mail Online

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan