Sekurang-Kurangnya Dua Maut, 14 Cedera Kejadian Tembak Di Kelab Malam Florida

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 9:41 PM

-foto AP

(Ubah saiz teks)

FLORIDA: Sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 14 yang lain cedera dalam kejadian tembak di sebuah kelab malam di sini, awal hari Isnin, lapor penyiar Amerika Syarikat, NBC.

Polis mengesahkan kejadian itu berlaku di Club Blu di Fort Myers, yang dikatakan media AS telah mengadakan parti untuk remaja.

'Orang berkepentingan' telah ditahan di lokasi lain, menurut stesen tersebut.

Jabatan Polis Fort Myers melaporkan bahawa selain dua individu telah ditembak, 'sekurang-kurangnya 14-16 orang' cedera dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 12.30 pagi waktu tempatan, menurut NBC.

Sebuah rumah dan beberapa kenderaan berdekatan juga ditembak, menyebabkan satu kecederaan kecil.

Polis berkata, kumpulan pegawainya secara aktif menggiatkan usaha di kawasan itu bagi mencari orang lain yang mungkin terlibat dalam kejadian ini, menurut satu kenyataan yang diperolehi oleh NBC.


Kejadian tembak itu berlaku hanya enam minggu selepas serangan ke atas kelab malam gay di Orlando, Florida yang telah menyebabkan 49 mati dalam pembunuhan bersenjata yang paling teruk dalam sejarah AS.

Polis telah membunuh seorang lelaki bersenjata, Omar Mateen, warganegara AS berusia 29 tahun yang berasal dari Afghanistan.
Tags / Kata Kunci: kejadian tembak , Club Blu

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan