Seorang Maut, 10 Cedera Dalam Letupan Di Nuremberg

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Satu letupan menyebabkan seorang terbunuh manakala 12 yang lain cedera dekat Nuremberg, Jerman pada Ahad.

Insiden itu dipercayai dilakukan dengan niat, kata pihak berkuasa.

Menurut jurucakap polis, lelaki yang maut merupakan individu yang membawa beg galas dipercayai digunakan untuk membawa bahan letupan tersebut.

Namun, tiada sebarang maklumat mengenai identitinya diperolehi.

Sementara itu, tiga daripada 12 yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Ia merupakan insiden keempat yang berlaku di Jerman dalam tempoh seminggu selepas kes kematian sembilan individu dalam kejadian tembakan dilakukan seorang lelaki berketurunan Iran-Jerman berusia 18 tahun di Munich, pada Jumaat.

Letupan di sebuah restoran dekat bandar Ansbach itu menyebabkan lebih 2,000 orang dipindahkan.

"Kami menganggap letupan itu disengajakan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Bavaria.

Tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung insiden berkenaan, namun Menteri Dalam Negeri, Joachim Herrmann memaklumkan mereka sedang menyiasat perkara ini.

Datuk Bandar Ansbach berkata insiden itu berpunca daripada bahan letupan.

Tags / Kata Kunci: letupan , Nuremberg

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan