Ronaldo Lawat Muzium Dirinya Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 9:46 AM

Ronaldo (kanan) bersama patung lilin yang menyerupai dirinya.

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo membuat kunjungan ke muzium mengenai dirinya sendiri di tempat kelahirannya di pulau Madeira, Portugal.

Ronaldo membuka sebuah muzium yang didedikasikan di atas kejayaannya sendiri pada 2013.

Baru-baru ini, ia melalui pengubahsuaian besar-besaran dan dibuka semula pada 1 Julai lalu.

Ronaldo menunjukkan trofi Liga Juara-Juara.

Muzium tersebut mengandungi hadiah-hadiah yang dimenangi penyerang Real Madrid itu, termasuk pingat Liga Juara-Juara, La Liga Sepanyol dan Liga Perdana Inggeris.

Ia termasuk kemeja, but dan perhiasan peribadi milik bintang sukan bola sepak itu.

Muzium itu terletak dekat tugu berupa patung gangsa Ronaldo di Plaza del Mar di Funchal, dan berhampiran dengan hotelnya yang baharu, CR7.

Ia merupakan salah satu daripada empat hotel yang akan dibina di seluruh dunia.

Ronaldo bersama sebahagian koleksi kenangan peribadinya.

Ronaldo turut berkesempatan bergambar di sebelah patung lilin yang menyerupai dirinya sendiri, trofi Liga Juara-Juara dan beberapa koleksi kenangan peribadi.

Pemain berusia 31 tahun itu sedang bercuti selama dua minggu, selepas kemenangan pasukannya Portugal dalam Euro 2016, baru-baru ini. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan