Penyerang Munich Dipercayai Sasar Remaja Kerana Dendam

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 8:22 AM

Rakaman video menunjukkan penembak berpakaian hitam melepaskan tembakan di luar restoran McDonald's. Foto Dailymail.co.uk

(Ubah saiz teks)

SUSPEK yang membunuh sembilan orang dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli belah di Munich, Jerman dipercayai menyasarkan golongan muda bagi membalas dendam kerana menjadi mangsa buli bertahun-tahun sebelum ini.

Ali David Sonboly yang baharu berusia 18 tahun menggodam akaun Facebook seorang remaja perempuan dan 'menjemput' rakan-rakan mangsa untuk belanja makan di restoran McDonald's.

Di restoran makanan segera itulah menjadi lokasi pembunuhan kejam Sonboly.

Tujuh daripada sembilan yang terbunuh masih remaja dan paling muda baharu berusia 13 tahun.

Mangsa dikenal pasti sebagai Dijamant Zabergja, 21, ArmelaSegashi dan rakannya Sabina Sulaj, 14, Gulliano Kollmann, 18, Huseyin Dayicik,17, dan Can Leyla, 15.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai melakukan serangan itu seorang diri bertindak membunuh diri selepas insiden itu.

Polis menyifatkan Sonboly sebagai 'penyendiri yang mengalami masalah mental' dan dipercayai mahu membalas dendam selepas bertahun-tahun menjadi mangsa buli.

Rakan-rakan sekelasnya berkata, dia tidak mempunyai ramai kawan dan selepas satu perbarisan di sekolah beberapa bulan lalu, dia pernah memberi amaran 'saya akan bunuh anda semua'.

Sonboly juga dikatakan obses dengan permainan komputer yang membolehkan dia bersendirian dan berfantasi tentang keganasan.

Dia pernah menggelarkan dirinya 'Seperti tuhan' dan 'Psiko' tetapi kemudiannya dilarang berada dalam ruang sembang dalam talian selepas tingkah lakunya semakin agresif dan memberi ancaman.

Dalam satu serbuan di rumah suspek, pihak polis menjumpai dokumen-dokuman berkaitan dengan tembakan.

Pihak polis turut menjumpai buku milik Sonboly yang berjudul 'Why Kids Kill: Inside The Minds of School Shooters' yang menterjemahkan tentang butiran mengenai serangan di sekolah sebelum ini, yang menyamai dengan serangan yang dilakukannya sendiri. - Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan