Empat Termasuk Kanak-Kanak Maut Dalam Kejadian Tembakan Di Texas

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

BASTROP: Empat maut, manakala seorang kanak-kanak cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah kompleks pangsapuri di sini, Texas.

Mangsa melibatkan seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak ditemui meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi kanak-kanak dikejarkan ke hospital berdekatan kerana cedera ringan.

Jurucakap Pejabat Sherif Bastrop berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 6.14 petang Sabtu.

"Suspek turut meninggal dunia di lokasi kejadian," kata Detektif Vicky Steffanic.

Bagaimanapun, setakat ini identiti mangsa belum dapat dikenal pasti, manakala motif kejadian juga tidak dapat disahkan.

Penghuni pangsapuri berkenaan telah dibenarkan untuk kembali ke kediaman masing-masing pada kira-kira pukul 10 malam.

Kes berkenaan yang disiasat bersama pejabat Sheriff Bastrop dan Renjer Texas masih berjalan.

Tags / Kata Kunci: Texas , Bastrop

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan