Serangan Di Munich: Suspek Ditemui Mati Bunuh Diri

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 9:48 AM

Polis sedang mengawal keadaan di sekitar pusat beli belah di Munich.

(Ubah saiz teks)

POLIS menjumpai seorang mayat lelaki yang dipercayai membunuh diri selepas insiden tembakan di pusat beli-belah Olympia-Einkaufszentrum di Munich, Jerman.

Suspek berusia 18 tahun yang belum dikenal pasti itu berketurunan Iran-Jerman yang tinggal di Munich selama lebih dua tahun.

Ketua Polis Munich, Hubertus Andrae berkata tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Katanya, kanak-kanak merupakan kebanyakan mangsa yang cedera dalam insiden itu.

Saksi melaporkan melihat tiga lelaki bersenjata berhampiran pusat beli belah itu tetapi polis berkata menerusi Twitter, mereka cuma menemui satu mayat dipercayai membunuh diri, berkemungkinan penyerang, yang menurut siasatan, bertindak sendirian.

Polis menarik balik arahan penutupan semua pengangkutan awam di ibu negara Jerman dan berkata lebih banyak maklumat akan didedahkan pada sidang akhbar.

Selepas tembakan berlaku di salah satu pusat beli belah terbesar di Munich, keadaan darurat diisytiharkan penduduk dinasihatkan supaya tidak keluar, manakala semua perkhidmatan kereta api dan kereta api bawah tanah digantung.

Ia adalah serangan keganasan ketiga terhadap penduduk awam di Eropah Barat dalam masa lapan hari.

Serangan sebelum ini, di Nice, Perancis dan dalam kereta api di Bavaria, yang didakwa dilancarkan IS.

Walaupun polis menyifatkan kes tembakan itu sebagai tindakan keganasan, mereka berkata 'tiada petunjuk' ia membabitkan IS.

Serangan berlaku kira-kira pukul 6.00 petang waktu tempatan di McDonald ketika kawasan itu dipenuhi orang ramai yang sedang membeli belah. 



Tags / Kata Kunci: Munich , tembakan , serangan pengganas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan