Remaja Korban Pertama Pokemon Go

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 11:39 AM

(Ubah saiz teks)

GUATEMALA CITY: Akibat terlalu asyik melayan permainan Pokemon Go, seorang remaja maut, manakala sepupunya parah ditembak dalam kejadian serang hendap dekat sini.

Jerson Lopez de Leon, 18, mati dan sepupunya, Daniel Moises Picen, 17, cedera dalan insiden yang berlaku di jalan raya di bandar Chiquimula.

Hampir 20 kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian, tempat dua sepupu itu mencari makhluk maya permainan terbabit.

Menurut laporan media tempatan, de Leon dan Picen berjalan menyusuri landasan kereta api lama sebelum tiba-tiba dihujani peluru dari sebuah kenderaan yang lalu di situ.

Polis kini memburu kumpulan yang menaiki kenderaan yang dipercayai digunakan untuk tujuan pertanian yang dilihat meninggalkan tempat kejadian.

Punca kejadian tidak diketahui, tetapi polis mengesyaki ia cubaan merompak telefon bimbit mangsa.

Satu lagi teori ialah seorang daripada mangsa itu memang diburu penyerang terlibat dan dijejaki menggunakan GPS telefon bimbitnya.

De Leon meninggal dunia di hospital, manakala sepupunya masih dirawat kerana kecederaan akibat ditembak pada kaki.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan