Pesawat Korea Utara Lakukan Pendaratan Cemas Di China - Xinhua

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 3:02 PM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sebuah pesawat Korea Utara iaitu Air Koryo membuat pendaratan cemas di bandar China, Shenyang pada Khamis kerana berlaku kebakaran, lapor akhbar Xinhua.

Pesawat daripada syarikat penerbangan Korea Utara tersebut berlepas dari Pyongyang menuju ke Beijing.

Menerusi akhbar itu lagi, penumpang memaklumkan pesawat tersebut melakukan pendaratan cemas di timur laut China selepas didapati terbakar.

Tiada maklumat lanjut dilaporkan susulan kejadian itu. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Air Koryo , Korea Utara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan