Kumpulan Rancang 'Tindakan Keganasan' Sebelum Olimpik Rio Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 11:49 PM

-fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

BRAZIL: Polis Brazil menahan 10 orang pada Khamis kerana disyaki menjadi ahli sebuah kumpulan menyokong Negara Islam (IS) dan membuat persediaan tindakan keganasan semasa Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, bulan depan kata Menteri Keadilan Alexandre Moraes.

Kumpulan itu yang kesemuanya adalah rakyat Brazil berhubung melalui kumpulan mesej internet seperti WhatsApp dan Telegram, tetapi tidak mengenali antara satu sama lain secara peribadi, kata menteri itu.

Kumpulan itu tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan IS walaupun sesetengah ahli-ahlinya telah membuat pengisytiharan kesetiaan 'pro forma'  kepada kumpulan militan Islam, tambahnya. Beliau tidak mengulas lanjut.


"Mereka yang terlibat telah mengambil bahagian dalam kumpulan denominasi pembela syariah dalam talian dan merancang untuk memperoleh senjata bagi melakukan jenayah di Brazil dan juga luar negara," kata Moraes pada sidang akhbar.


"Ia adalah benar-benar sel amatur, langsung tidak membuat sebarang persediaan, dengan sel yang tidak teratur," katanya sambil menambah pihak berkuasa memutuskan untuk campur tangan apabila kumpulan itu mula merancang tindakan.


Beliau berkata anggota kumpulan itu telah melawat tapak senjata di negara jiran Paraguay yang menjual senapang AK-47, tetapi tidak ada bukti mereka memperoleh apa-apa senjata. Dua orang akan dibawa untuk soal siasat, sebagai tambahan kepada 10 yang sudah ditahan, katanya.

Presiden Interim Michel Temer telah memanggil satu mesyuarat kecemasan kabinet susulan penahanan itu, yang pertama di bawah undang-undang ketat anti-keganasan baru Brazil yang diluluskan tahun ini.
Tags / Kata Kunci: Olimpik Rio , tindakan keganasan , IS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan