Jeneral Akin Nafi Dalang Rampasan Kuasa Guling Presiden Turki

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

ANKARA: Dua puluh enam jeneral ditahan reman selepas disyaki terlibat merancang rampasan kuasa untuk menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan, demikian lapor media tempatan pada Isnin.

Perintah tahanan reman yang dikeluarkan mahkamah Turki di sini, turut melibatkan bekas Panglima Tentera Udara Turki, Jeneral Akin Ozturk.

Media Turki menggambarkan beliau sebagai dalang rampasan kuasa itu walaupun Akin menafikan dakwaan itu.

Kesemua jeneral yang ditahan di hantar ke penjara sementara menunggu perbicaraan, bagaimanapun tarikhnya belum ditetapkan.

Mereka didakwa melakukan pelbagai jenayah termasuk cubaan menggugat perlembagaan, mengetuai kumpulan bersenjata dan merancang membunuh Presiden Turki.

Dalam kenyataannya kepada pendakwa raya, Akin menafikan beliau mengetuai cubaan rampasan kuasa tersebut.

“Saya bukan orang yang merancang atau mengetuai rampasan kuasa ini. Siapa yang merancangnya atau mengarahkannya, saya tidak tahu,” menurut laporan Anadolu.

Layanan buruk Turki terhadap suspek-suspek cubaan rampasan kuasa itu telah menarik perhatian sekutunya dengan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat menggesa Ankara supaya menghormati undang-undang negara itu.

Anadolu menyiarkan Akin dan beberapa jeneral lain dengan tangan mereka diikat di belakang ketika berada di bangunan mahkamah di Ankara.

Sementara itu, Perdana Menteri Binali Yildrim berkata, seramai 7,543 orang telah ditahan setakat ini, termasuk 6,038 anggota tentera. --AFP

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan