ICA Rampas Rokok Elak Cukai Di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 10:58 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) merampas sejumlah 3,190 karton dan 1,512 bungkusan rokok yang tidak dibayar cukai dalam tiga pemeriksaan berasingan ke atas kenderaan-kenderaan yang berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, ICA berkata duti kastam dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang terlibat berjumlah sehingga, masing-masing kira-kira S259,280 (S$1 = RM2.95) dan S$26,100.


Satu daripada percubaan itu dilakukan oleh seorang lelaki warga Malaysia berusia 32 tahun yang diiringi oleh seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 23 tahun.


ICA berkata, bahan-bahan itu ditemui dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia yang membawa barang-barang yang diisytiharkan mengandungi 40 keping pintu kayu  besar, setiap satu berukuran 80cm X 34cm.

Rokok seludup itu disembunyikan dalam 38 keping pintu kayu besar, kata kenyataan itu.

Percubaan kedua bukan sahaja menemui rokok seludup tetapi satu sachet  disyaki mengandungi dadah terkawal dijumpai dalam kenderaan berdaftar di  Malaysia yang dipandu oleh seorang lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun.

ICA berkata sachet ditemui dari tikar lantai kenderaan manakala rokok yang tidak dibayar cukai disembunyikan dalam beberapa bahagian kereta dan dalam beg galas pemandu.

Sementara itu, percubaan ketiga dilakukan oleh seorang pemandu rakyat malaysia berumur 22 tahun.

Rokok yang tidak dibayar cukai ditemui dalam beberapa kompartmen kereta yang berdaftar di Malaysia.

ICA berkata semua kenderaan yang digunakan dalam ketiga-tiga kes boleh dirampas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan