Warga Perancis Ditahan Gara-Gara Pokemon Go

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 10:00 AM

Pierre ketika disoal siasat pegawai tentera selepas ditahan kerana menceroboh pangkalan tentera Indonesia kerana leka bermain Pokemon Go, Isnin petang.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Gara-gara terlalu leka dengan permainan Pokemon Go, seorang lelaki warga Perancis ditahan polis Indonesia kerana menceroboh pangkalan tentera negara ini.

Romain Pierre, 27, ditahan di pusat pemeriksaan pada Isnin petang selepas melarikan diri semasa pengawal keselamatan menyedari kehadirannya di kompleks tentera yang terletak di Cirebon.

Menurut AP, Pierre berkerja di sebuah syarikat di bandaraya ini dan melawat Cirebon, kira-kira 190 kilometer timur Jakarta.

Jurucakap polis Jawa Barat, Kolonel Yusri Yunus berkata, Pierre bagaimanapun dibebaskan beberapa jam kemudian selepas didapati tidak sengaja memasuki kompleks itu kerana memburu Pokemon ketika berjogging. 

Pokemon Go menggunakan Google Maps dan telefon pintar yang menggabungkan realiti dengan makhluk Pokemon menjadi permainan 'blokbuster' melanda Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Ia masih belum dikeluarkan secara rasmi di Indonesia, namun telah menjadi popular di negara itu.

Sementara itu, menurut Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih mesra disapa Ahok menganggap ia boleh digunakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di bandar itu.

Bagaimanapun, beberapa pegawai keselamatan menyuarakan kebimbangan kerana permainan itu boleh menimbulkan ancaman keselamatan.

Tags / Kata Kunci: Pokemon Go , Cirebon , tentera , Perancis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan