Tentera Filipina Buat Pengesahan Kes Culik Terbaharu Di Sabah

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 10:37 PM

Sebuah bot tunda kosong dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Dent Haven, Tambisan, Lahad Datu pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Angkatan Tentera Filipina sedang membuat pengesahan laporan bahawa lima orang telah hilang di perairan Lahad Datu, Sabah.

"Kami dengan penuh keinginan sedang berusaha ke arah itu dan akan berusaha untuk mengesahkannya secepat mungkin serta akan mendedahkannya sebaik sahaja data telah disediakan," kata Ketua Pejabat Hal Ehwal Awam Angkatan Tentera, Kolonel Edgard Arevalo, Selasa.

Penasihat rundingan damai Peace, Jesus Dureza berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya pada Isnin, beberapa warga asing telah hilang dan mungkin telah diculik.


Pihak berkuasa Malaysia berkata sebuah bot tunda kosong dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Dent Haven, Tambisan, Lahad Datu pada Isnin.

Arevalo berkata Komando Mindanao Barat telah menyedari tentang laporan 'kemungkinan penculikan yang berlaku dalam dua hari lepas'.

Penculikan rakyat Indonesia juga telah dilaporkan berlaku di perairan selatan Filipina oleh kumpulan Abu Sayyaf baru-baru ini.

The Star Online melaporkan bahawa lima pelayar Malaysia, yang dilaporkan hilang dari sebuah kapal tunda di perairan Lahad Datu pada Isnin, mungkin telah diculik.

"Kami tidak menolak kemungkinan lima yang berkenaan diculik," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun kepada pemberita di Lahad Datu pada Selasa.

Beliau berkata, sehingga kini tiada panggilan diterima oleh keluarga kru kapal tunda itu.

Rashid turut menafikan khabar angin bahawa pemilik kapal tunda itu telah menerima panggilan pada lewat Isnin dan penculik menuntut 200 juta Pesos (RM20 juta) dan juga telah bercakap dengan mangsa.

"Tiada sebarang panggilan," katanya.

Beliau berkata mereka masih menyiasat kehilangan lima anak kapal yang dikenal pasti sebagai tiga rakyat Sabah iaitu Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23 dan Fandy Bakran, 26.

Selain itu seorang lagi yang berasal dari Sarawak ialah Tayudin Anjut, 45, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari semenanjung. -Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan