Polis Yakin Pemimpin Pengganas Sangat Dikehendaki Di Indonesia Mati Ditembak

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 7:23 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia yakin pemimpin pengganas yang sangat dikehendaki di republik itu, Abu Wardah Santoso atau lebih dikenali dengan nama Santoso, mati ditembak dalam operasi pertempuran bersenjata di Pegunungan Biru, Poso, Sulawesi Tengah, Isnin.

Ketua Polis Republik Indonesia Tito Karnavian hari ini berkata hasil identifikasi awal, salah satu daripada dua jenazah yang maut terkena tembakan oleh pasukan khas Operasi Tinombala di kawasan gunung itu malam semalam dipercayai adalah Santoso.

Katanya, pengencaman awal mayat itu dilakukan oleh beberapa anggota polis yang pernah menangkap Santoso pada 2005 serta saksi masyarakat yang mengenalnya.

"Dari hasil penggambaran wajahnya dan ciri-ciri lain, baik oleh anggota yang kenal dia dan saksi yang kenal dia, sementara dianggap positif dia adalah Santoso," katanya kepada wartawan di Kompleks Istana Kepresidenan di sini Selasa.

Beliau berkata, kedua-dua mayat itu telah dibawa ke Lapangan Terbang Mutiara di Palu dengan menggunakan helikopter tengah hari tadi dan seterusnya dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk pengecaman lanjut oleh keluarga, pengikut yang ditahan polis dan pemimpin masyarakat yang mengenalinya.

Tito berkata, satu mayat lagi dikenalpasti sebagai Muchtar, pengikut Santoso. 
Santoso, 40, adalah pemimpin kumpulan militan bersenjata di Indonesia yang dikenali sebagai Mujahidin Indonesia Timur (MIT) dan berpangakalan di kawasan hutan di Poso, Sulawesi, Indonesia.

Kumpulan itu dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan Daesh di Syria dan terbabit dalam beberapa kes serangan termasuk membunuh beberapa pegawai kanan tentera dan polis Indonesia.

Pada Mac lepas, pasukan khas polis dan tentera telah melancarkan operasi khas memburu kumpulan itu setelah mendapat maklumat mengenai kedudukan kubu Santoso bersama 34 orang pengikutnya.

Dalam pertempuran semalam, pasukan khas tentera terserempak lima anggota kumpulan itu dan berlaku kejadian berbalas tembak dalam hutan di bukit berkenaan.

Tiga daripada mereka termasuk dua wanita berjaya melarikan diri manakala dua lagi ditemui mati di tempat kejadian.
Polis percaya salah seorang wanita yang melarikan diri itu ialah isteri Santoso yang bernama Jumiatun Muslimayatun.

Polis masih memburu saki-baki anggota kumpulan terbabit yang dipercayai masih berada di kawasan hutan bukit itu.
Tags / Kata Kunci: pemimpin pengganas , Santoso , Tito Karnavian

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan