Lelaki NZ Sanggup Berhenti Kerja Demi Pokemon

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 11:07 AM

Tom Currie

(Ubah saiz teks)

AUCKLAND: Gara-gara terlalu obses dengan permainan Pokemon Go, seorang lelaki di New Zealand membuat keputusan berhenti kerja untuk menangkap makhluk digital itu secara sepenuh masa.

Tom Currie, 24, berhenti sebagai barista dan pelayan bar di restoran tepi pantai di pinggir utara Auckland untuk memberi tumpuan selama dua bulan memburu raksasa digital ke seluruh negara menggunakan telefon bimbitnya.

"Saya mahu melakukan pengembaraan," Currie memberitahu Guardian.

"Saya telah bekerja selama enam tahun dan saya terdesak untuk berehat. Pokemon memberikan saya peluang untuk meneruskan impian itu."

Dia berhenti kerja awal bulan ini dan menempah 20 perjalanan bas untuk memburu Pokemon di seluruh negara.

Dilaporkan Currie sudah menangkap 90 daripada 151 makhluk digital tersebut.

Tags / Kata Kunci: Pokemon , Pokemon Go

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan