Bekas Panglima Akin Ozturk Nafi Rancang Guling Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 8:31 AM

Gen Akin Ozturk antara yang ditahan atas dakwaan cuba melakukan rampasan kuasa di Turki. -Gambar Agensi Berita Anadolu

(Ubah saiz teks)

SEORANG bekas komander tentera udara telah menafikan dia adalah individu yang merancang plot cubaan rampasan kuasa oleh tentera di Turki pada Jumaat lalu.

Gen Akin Ozturk dan 26 pegawai kanan didakwa melakukan pengkhianatan dan ditahan reman pada Isnin, kata agensi berita Anadolu.

Tetapi dalam satu kenyataan kepada pendakwa raya, bekas komander itu menegaskan: "Saya bukan orang yang merancang atau mengetuai rampasan kuasa."

Anadolu sebelum itu memetik dia sebagai memberitahu penyiasat bahawa dia telah "bertindak dengan niat untuk merampas kuasa".

Pegawai telah menyalahkan perusuh hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 232 orang dan mencederakan 1,400 mangsa lain.

"Saya tidak tahu siapa yang rancang atau mengarahkannya. Menurut pengalaman saya, saya fikir bahawa [gerakan Gulen] cuba melakukan rampasan kuasa ini," Gen Ozturk dipetik sebagai memberitahu pendakwa oleh Anadolu sebelum muncul di mahkamah di Ankara.

"Tetapi saya tidak boleh memberitahu siapa yang berada dalam angkatan tentera yang terlibat. Saya tidak mempunyai makluma," katanya. -BBC

Tags / Kata Kunci: Gen Akin Ozturk

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan