Mas Perlu Bayar Sekurang-kurangnya RM170.5 Juta Pampasan Kepada Mangsa MH17?

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 12:39 PM

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Jika apa yang dilaporkan oleh stesen televisyen Belanda, NOS, benar bahawa Malaysia Airlines (Mas) telah mencapai persetujuan dengan waris-waris mangsa nahas pesawat MH17 berhubung bayaran pampasan, ini bermakna syarikat penerbangan itu perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya RM170.5 juta.

MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine dua tahun yang lalu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya.

NOS dalam laporannya telah memetik seorang daripada peguam yang mewakili mangsa-mangsa dari Belanda yang bernama Veeru Mewa, sebagai berkata yang satu persetujuan telah dicapai dengan Mas berhubung bayaran pampasan berkenaan.

Di bawah Konvensyen Montreal, syarikat penerbangan harus membayar pampasan sekurang-kurangnya Euro 130,000 (RM572,300) kepada setiap waris mangsa, tidak kira apa juga punca malapetaka itu berlaku.

MH17 ditembak jatuh ketika sedang melintasi ruang udara wilayah bergolak yang menyaksikan angkatan tentera Ukraine bertempur dengan gerila puak pemisah yang didokong oleh Rusia.

Sebahagian besar daripada penumpang pesawat malang itu adalah warga Belanda.

Ia dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika kejadian itu berlaku.

Tags / Kata Kunci: MH17 , ganti rugi , Konvensyen Montreal

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan