Turkish Airlines Kembali Beroperasi Selepas Kejadian Cubaan Rampasan Kuasa

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2016 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Turkish Airlines kembali memulakan operasinya pada Sabtu selepas kejadian cubaan rampasan kuasa gagal, manakala beberapa syarikat penerbangan lain membatalkan  jadual hujung minggu mereka.

Jurucakap Turkish Airlines berkata jadual penerbangan hab ketiga terbesar di Eropah ini kembali beroperasi walaupun kelewatan dijangkakan.

Sementara itu, syarikat tambang murah Pegasus memberitahu, operasinya dijangka akan turut  terdapat sedikit kelewatan.

Penutupan Lapangan Terbang Ataturk Istanbul pada lewat Jumaat menyebabkan perubahan haluan sebanyak 35 buah kapal terbang dan pembatalan 32 penerbangan, jelas pengerusi Turkish Airlines Ilker Ayci kepada CNN Turk.

Sementara itu dalam laporan Bernama, Kedutaan Turki di Malaysia pada Sabtu mengulangi bahawa kerajaan Pre­si­den Recep Tayyip Erdogan ma­sih berkuasa, dan menafikan cubaan rampasan kuasa di negara itu berjaya dilaksanakan.

Kedutaan itu turut menafikan pembabitan ke­seluruhan Angkatan Tentera Turki dalam cubaan rampasan kuasa itu, bermatlamat menggulingkan kerajaan Turki yang dipilih secara demokrasi.

“Presiden dan Kerajaan kami masih berkuasa. Angkatan Tentera Turki tidak terbabit dalam cubaan rampasan kuasa ini secara keseluruhannya.

“Ia dikendalikan oleh konco-konco dalam kalangan Ang­katan Tentera dan mendapat respons yang selayaknya daripada negara kami,” menurut kedutaan itu.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Pre­si­den Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Erdogan menyalahkan cubaan rampasan kuasa yang se­dang berjalan itu ke atas pergerakan yang diketuai cendekiawan Islam Turki, Fethullah Gulen, yang kini tinggal di Pennsylvania, Amerika Syarikat, menurut laporan itu. 

Tags / Kata Kunci: Turkish Airlines

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan