Tiga Mati, Tujuh Cedera Dalam Rusuhan Di Penjara Pattani

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Rusuhan oleh sekumpulan banduan di Penjara Pattani sejak lewat petang Jumaat telah mengakibatkan tiga banduan terbunuh dan tujuh yang lain termasuk kakitangan penjara cedera.

Ketua Polis Wilayah Pattani, Mej Jen Thanongsak Wangsupa berkata rusuhan bermula kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan) apabila banduan terbabit bertindak membakar dan merosakkan sebahagian bangunan penjara.

"Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati banduan terhadap kawalan dan pemeriksaan ketat bagi membanteras penyeludupan dadah di penjara yang menempatkan 1,800 banduan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya mayat seorang banduan yang terbunuh telah dicampak ke bahagian bangunan penjara yang sedang terbakar dan pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa.

Anggota keselamatan tambahan telah dihantar ke penjara dan berjaya mengawal dan menamatkan rusuhan antara 300 hingga 400 banduan kira-kira 2 pagi (waktu tempatan), kata Thanongsak. 

Tags / Kata Kunci: Pattani

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan