Satu Daripada 10 Kanak-Kanak Tidak Ke Sekolah - Unesco

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 10:52 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Hampir satu daripada 10 di kalangan 263 juta kanak-kanak di seluruh dunia tidak ke sekolah dan perkara tersebut menimbulkan kebimbangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) dalam usaha memberi pendidikan penuh menjelang tahun 2030.

"Jumlah tersebut amat mengejutkan dan menunjukkan peningkatan dari tahun 2000 apabila seramai 374 juta kanak-kanak tidak hadir ke sekolah.

"Ramai yang tidak bersekolah tersebut tinggal di negara konflik, masyarakat yang tidak menyokong pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan ada di antara mereka tinggal di negara yang tidak mempunyai sekolah menengah wajib," kata laporan Unesco.

Selain itu, dilaporkan bahawa kanak-kanak di peringkat remaja adalah empat kali ganda lebih cenderung untuk ke sekolah berbanding kanak-kanak yang lebih muda.

"Tumpuan kami adalah untuk memastikan kanak-kanak daripada usia muda melalui kitaran pembelajaran menerusi dasar-dasar yang disediakan secara berperingkat dan perhatian khusus perlu diberikan kepada kanak-kanak perempuan yang kurang diberi pendedahan," kata Ketua Pengarah Unesco, Irina Bokova dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, anggota negara PBB telah menetapkan matlamat global 2030 termasuk seruan kanak-kanak seluruh dunia bagi melengkapkan sekolah rendah dan menengah.

"Penemuan laporan baru ini menunjukkan kerja keras harus dilaksanakan jika kita ingin mencapai matlamat yang ditetapkan," kata Bokova.

Menurut Unesco, konflik bersenjata menimbulkan halangan utama kepada pendidikan dan lebih 22 juta kanak-kanak tersebut tinggal di kawasan konflik.

Ramai kanak-kanak yang tinggal di sub-Sahara Afrika dilaporkan tidak bersekolah, di mana tiga daripada lima kanak-kanak sekolah menengah pula tidak berada dalam kelas.

Tambah Unesco pendidikan rendah dan menengah adalah wajib di hampir setiap negara. Hanya sekolah menengah atas sahaja tidak diwajibkan.

Dalam pada itu, seramai 15 juta kanak-kanak perempuan tidak hadir ke sekolah rendah berbeza dengan kanak-kanak lelaki yang mencatat jumlah 10 juta.

Lebih dari separuh jumlah kanak-kanak perempuan tersebut tinggal di sub-sahara Afrika.

Tags / Kata Kunci: Unesco , pendidikan , kanak-kanak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan