Penculik Dua Kanak-kanak Korea Utara Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 4:01 PM

Ko Hyon-chol ketika sidang media yang diadakan di Pyongyang.

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Seorang pembelot Korea Utara yang tinggal di Korea Selatan ditahan di Pyongyang pada Jumaat kerana mempunyai konspirasi bersama ejen perisik Seoul untuk menculik kanak-kanak dari Korea Utara.

Menurut agensi berita Jepun Kyodo, lelaki berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Ko Hyon-chol itu mengaku telah melakukan cubaan menculik dua kanak-kanak perempuan yatim piatu dari Korea Utara.

"Saya melakukan jenayah yang tidak boleh diampun kerana terlibat dalam penculikan kanak-kanak," katanya dalam sidang akhbar untuk media asing di Pyongyang.

Tambahnya dia telah dihantar oleh Perkhidmatan Risikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS) ke bandar Dandong, sempadan China untuk menculik anak-anak yatim dari Korea Utara.

Hasil siasatan yang dijalankan, dia menerima tawaran sejumlah RM39,500 ($10,000) bagi setiap kanak-kanak yang diculik.

Ko ditahan selepas menyeberangi sungai memasuki Korea Utara dari China pada bulan Mei lalu.

Sementara itu, NIS menafikan sebarang penglibatan dalam kes yang dilaporkan.

Mengikut laporan yang diterima, Ko melarikan diri dari Korea Utara pada 2013 dan menetap di China selama setahun sebelum tiba di Korea Selatan pada 2014.

Tags / Kata Kunci: korea utara , culik , kanak-kanak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan