Komuniti Lumba Kuda Singapura Terkejut Joki Malaysia Dibunuh

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 1:39 PM

Chung Wah Thong

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Komuniti lumba kuda Singapura terkejut dengan pembunuhan bekas perantis joki berpangkalan di Kranji, Chung Wah Thong  yang mati ditembak di Pulau Pinang, lapor portal berita The Straits Times pada Khamis.

Menurut laporan itu, warga Malaysia, Chung, 28, pernah menunggang kuda di Singapore Turf Club (STC) awal tahun ini.

Portal berita itu berkata STC pada Rabu merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya yang sedang berkabung atas kematian empat anggota keluarga mereka.

Chung, yang memenangi 30 perlumbaan termasuk Piala Emas Selangor dalam Kumpulan 1 Malaysia tahun lepas, telah berhijrah ke Singapura pada Januari dan mengikat kontrak dengan jurulatih Singapura Leslie Khoo, kata laporan itu.

"Adalah tidak masuk akal kehilangan anak lelakinya dan ibunya...ia adalah amat tidak berperikemanusiaan. WT (Wah Thong) seorang yang pendiam dan seorang yang gigih bekerja," Khoo dipetik sebagai berkata.

Selain Chung, tiga anggota keluarganya juga ditembak mati di sebuah kilang pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Batu Maung di Pulau Pinang awal pagi Rabu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Tan Hock Choon, 50, pasangannya, Tan Saw Sim, 55, dan anak lelaki Chung, berusia dua tahun bernama Ah Bee.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Hussain berkata berdasarkan siasatan awal siasatan, tindakan itu dilakukan oleh saudara terdekat.

Tags / Kata Kunci: joki , STC , Chung Wah Thong

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan