Panel Kaca Kolam Renang Sebuah Kondominium Terjatuh

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 10:13 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Panel kaca dari kolam renang sebuah kondominium yang terletak di Balestier Road terjatuh dari tingkat lima pada petang Jumaat.

Shuli Sudderudin, 31, yang tinggal di kondominium bersebelahan Cradels @ Whampoa berkata dia terdengar bunyi dentuman kuat seperti 'besi logam yang besar terjatuh' ketika berada di rumahnya.

Dia meninggalkan rumahnya sejam kemudian dan berjalan melalui kondominium itu apabila terdengar bunyi 'air terjun kecil'.

Dia mendongakkan kepalanya dan menyedari air itu mengalir dari kolam renang di tingkat atas kondominium Cradels @ Whampoa.

Kemudian, dia terlihat beberapa serpihan kaca turut jatuh dari bahagian atas.

Sekeping gambar yang diambil oleh Shuli menunjukkan sebuah panel kaca tergantung di tengah udara.

Beberapa bahagian lain panel kaca itu dilaporkan hilang.

Dia berada di luar pagar kondominium itu tetapi masih berasa cemas.

"Air mengalir membasahi jalan raya di bahagian depan. Ia agak dramatik. Saya berdiri di sana dan orang ramai mula keluar dan memberitahu saya supaya jangan berdiri di sana kerana satu lagi panel kaca jatuh berkecai," katanya.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 2.32 petang.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Tags / Kata Kunci: panel kaca , kolam renang , Cradels @ Whampoa

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan