Britain Bakal Dipimpin Perdana Menteri Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 2:37 PM

Andrea Leadsom (kiri) dan Theresa May dicalonkan sebagai ketua baru Parti Konservatif.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Britain nampaknya bakal dipimpin oleh perdana menteri wanita yang kedua dalam sejarah negara itu apabila ahli-ahli parlimen dari Parti Konservatif yang memerintah memutuskan untuk mencalonkan Theresa May dan Andrea Leadsom sebagai ketua baru parti.

Kedua-dua mereka yang berusia 53 tahun bakal berentap pada 9 September depan di konvensyen nasional Parti Konservatif.

Perdana Menteri wanita pertama Britain ialah Margaret Thatcher yang berkhidmat dari 1979 hingga 1990 (gambar bawah).

Beliau meninggal dunia pada 2013 ketika berusia 88 tahun.


Parti berkenaan terpaksa memilih pemimpin baru yang sekali gus bakal mengisi kerusi perdana menteri ekoran perletakan jawatan David Cameron selepas referendum yang berlangsung bulan lalu mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Cameron menyokong untuk Britain terus kekal berada di dalam kesatuan berkenaan.

Sementara itu dalam pengundian yang dibuat di kalangan anggota-anggota parlimen parti berkenaan pada Khamis, May memperolehi 199 undi manakala Leadsom 84.

Michael Gove, seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan ketua gagal memperolehi undi bagi melayakkan diri untuk bertanding.

Gove cuma mendapat 46 undi.

Menurut peraturan parti berkenaan, jika berlaku kekosongan bagi jawatan ketua, ahli-ahli parlimen dari parti itu perlu terlebih dahulu membuat pilihan dari kalangan mereka siapakah yang layak bertandingan pada konvensyen nanti.

Mereka perlu memilih dua calon melainkan satu nama sahaja yang dicalonkan.

Dua calon ini kemudiannya akan berentap pada Konvensyen Parti Konservatif di mana perwakilan dari seluruh negara akan mengundi untuk memilih ketua baru.

Ketua baru ini secara automatis akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru

Tags / Kata Kunci: Britain , Konservatif

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan