24 Cedera Letupan Di Stesen Kereta Api Songshan - Berita Dunia | mStar

24 Cedera Letupan Di Stesen Kereta Api Songshan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 9:25 AM

Tiga bunyi letupan kedengaran sebelum kereta api terbakar.

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Sekurang-kurangnya 24 orang cedera dalam letupan di sebuah gerabak kereta api di Stesen Kereta Api Songshan di Taipei, lewat malam Khamis.

Insiden itu dipercayai letupan kereta api terburuk di wilayah tersebut.

Kereta api tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Taipei menuju Keelung di utara taiwan.

Beberapa saksi berkata mereka terdengar tiga letupan di dalam kereta api tersebut sebelum ia terbakar.

Menurut saksi lagi, mereka terlihat seorang lelaki berjalan di dalam kereta api tersebut lalu meninggalkan sebuah beg sebelum letupan berlaku.

Perdana Menteri Taiwan, Lin Chuan memberitahu stesen televisyen bahawa letupan itu adalah angkara perbuatan khianat.

Polis dan jabatan bomba Taipei berkata, letupan berpunca daripada bom 'paip keluli.' 


Tags / Kata Kunci: letupan , Taipei
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan