Rompak RM90,000 Di Bank Singapura Guna Sehelai Kertas

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Polis Singapura sedang memburu lelaki warga Australia yang merompak lebih RM90,000 ($30,000) menerusi bank Standard Chartered di Holland Village dengan hanya menggunakan sehelai kertas.

Suspek yang dikatakan berkulit putih itu berlegar-legar di dalam bank pada tengah hari dan menghulurkan nota ancaman kepada kakitangan pada Khamis.

Menurut sumber siasatan, beberapa minit selepas kejadian, suspek kelihatan berjalan keluar bersama sejumlah wang yang telah dirompak.

Jurucakap polis mengesahkan bahawa tiada senjata api digunakan melainkan hanya sehelai kertas bernota sahaja.

Kelihatan ramai pelanggan hadir di bank tersebut sehari selepas kejadian rompakan itu berlaku.

The Straits Times pula melaporkan bahawa beberapa pelanggan bimbang terhadap kes yang terjadi.

Pesara Daniel Liu, 60, berkata dia tidak fikir rompakan tersebut akan berlaku selepas ini.

"Singapura merupakan bandar selamat dan mempunyai reputasi yang bagus," katanya.

Selain itu, langkah-langkah keselamatan telah dipertingkatkan di bank tersebut bagi mengelak dari berlakunya kejadian yang sama.

Apabila dibuka semula pada pukul 10 pagi pada Jumaat, terdapat seorang pengawal keselamatan Certis Cisco ditempatkan berhampiran pintu masuk.

"Jika ada pengawal keselamatan di pintu masuk semalam, pasti kejadian tersebut tidak akan terjadi," kata Willy Lau, 43, pelanggan bank itu.

Sementara itu, rompakan bank jarang berlaku di Singapura kerana negara tersebut telah mengharamkan pemilikan senjata api peribadi dan turut terkenal sebagai salah satu bandar paling selamat di Asia.

Terdahulu kes rompakan bank yang terakhir berlaku pada November 2008 di mana seorang lelaki menyamar sebagai wanita dan mengugut juruwang akan meletupkan bom di dalam beg kertas yang dibawa.

Perbuatan tersebut telah dihalang oleh kakitangan bank dan lelaki tersebut telah pun didakwa.

Tags / Kata Kunci: singapura , rompakan , bank

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan