Nur Rohman Suspek Tunggal Serangan Surakarta - Berita Dunia | mStar

Nur Rohman Suspek Tunggal Serangan Surakarta

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

SURAKARTA: Ketua Polis Negara, Jeneral Badrodin Haiti berkata, pengebom berani mati yang meletupkan dirinya di balai polis di sini adalah suspek tunggal yang dikenal pasti.

Maklumat itu diperoleh hasil taklimat yang yang dikumpulkan pasukan keselamatan negara itu.

"Setakat ini hanya seorang suspek berusia 31 tahun itu, dia menghasilkan bahan letupan itu sendiri," kata Badrodin seperti dilaporkan tribunnews.com.

Katanya lagi, Nur Rohman disyaki membuat bom pada Disember atau Januari lalu kerana alat peranti yang ditemui sama seperti yang dirampas polis tahun lalu.

Menurut Badrodin, suspek berkenaan adalah ahli jaringan pengganas Jemaah Anshar Khilafah Daulah Nusantara.

"Suspek telah berjaya membolosi serbuan polis di Bekasi pada Disember lalu," katanya.

Bagaimanapun, sumber Agensi Anti Pengganas Nasional (BNPT) berkata, Nur Rohman juga adalah ahli kumpulan militan Negara Islam di Indonesia yang diketuai Arief Hiadayatullah.

Arief atau dikenali Abu Musab ditahan Disember lalu kerana disyaki terlibat dalam serangan menjelang awal tahun. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan