Amaran Keselamatan Di Parlimen Britain, Bungkusan Misteri Ditemui - Berita Dunia | mStar

Amaran Keselamatan Di Parlimen Britain, Bungkusan Misteri Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 10:33 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sebahagian bangunan Parlimen Britain ditutup pada Khamis selepas polis dihubungi susulan penemuan bungkusan yang mencurigakan, kata pegawai.

Dilaporkan amaran keselamatan itu dikeluarkan selepas sepucuk surat yang dihantar kepada seorang individu mengandungi serbuk putih.

Amaran itu hanya berlangsung selama sejam setengah sebelum polis mengisytiharkan mengenai insiden berkenaan berakhir.

"Inisden itu telah berakhir. Ia merupakan bungkusan yang mencurigakan, telah dihantar ke Bangunan Parlimen," kata jurucakap Polis Metropolitan di London kepada AFP.

"Tiada kecederaan atau kecelakaan dilaporkan."

Terdahulu, seorang jurucakap memberitahu AFP bahawa sebahagian bangunan itu, termasuk tempat letak kereta dan teres yang menghadap Sungai Thames ditutup berikutan 'isu keselamatan yang sedang disiasat'.

Beliau kemudiannya berkata: "Ia telah berakhir. Siasatan mendapati tiada sebarang ancaman keselamatan dan kawasan yang ditutup dibuka semula." - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan