Kematian Akibat Hepatitis Mengatasi AIDS, Tibi

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Virus hepatitis telah menjadi punca utama kematian dan kecacatan di dunia, membunuh lebih ramai orang dalam tempoh setahun berbanding AIDS, batuk kering atau malaria, menurut satu laporan, Khamis.

Kematian akibat jangkitan, penyakit hati dan kanser yang berpunca daripada virus hepatitis yang merebak telah meningkat sebanyak 63 peratus daripada 890,000 pada tahun 1990 kepada 1.45 juta pada tahun 2013, menurut kajian semula data yang dikumpul di 183 negara.


Sebagai perbandingan, pada tahun 2013 terdapat 1.3 juta kematian akibat AIDS, 1.4 juta daripada batuk kering, dan 855,000 daripada malaria, kata laporan itu, yang disiarkan di The Lancet.

"Manakala kematian akibat pelbagai penyakit berjangkit seperti tibi dan malaria telah menurun sejak tahun 1990, kematian akibat virus hepatitis terus meningkat," kata ketua penyelidik jabatan perubatan Imperial College London, Graham Cooke.


Hepatitis adalah penyakit radang hati, sering berpunca oleh virus tetapi kadang-kadang disebabkan penyalahgunaan dadah atau alkohol, jangkitan lain atau penyakit auto-imun.

Terdapat lima jenis hepatitis utama, yang dikenali sebagai A, B, C, D dan E.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, jenis A dan E biasanya dipindahkan melalui makanan atau air yang tercemar, manakala B, C dan D biasanya berlaku daripada sentuhan dengan cecair badan orang yang dijangkiti.

Dianggarkan 95 peratus daripada orang ramai tidak menyedari bahawa mereka dijangkiti virus itu, walaupun rawatan terhadap hepatitis B dan C boleh mencegah perkembangan penyakit hati yang kronik.

Sembilan puluh enam peratus daripada kematian hepatitis telah dikira dalam kajian itu adalah disebabkan oleh jenis B dan C, kata penyelidik. Kebanyakan kematian hepatitis berlaku di timur dan selatan Asia.

Kita mempunyai alat untuk merawat penyakit ini, kita mempunyai vaksin untuk hepatitis A dan B serta mempunyai rawatan baru untuk C, kata Cooke.

"Bagaimanapun harga ubat-ubatan baru adalah di luar jangkauan di mana-mana negara, kaya atau miskin."

Kajian diakhiri dengan seruan untuk perubahan dalam struktur pembiayaan bagi 'membolehkan tindak balas berkesan dalam negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan.'
Tags / Kata Kunci: hepatitis , virus , vaksin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan