Polis Thai Tahan Suspek Tembak Mati Rakyat Malaysia Di Hatyai

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2016 9:28 PM

(Ubah saiz teks)

SONGKHLA: Sepasukan anggota polis khas Songkhla menahan seorang bekas anggota tentera Thai dipercayai bertanggungjawab menembak mati ahli perniagaan Malaysia di Hatyai 4 Disember tahun lepas.

Ketua Polis Pencegahan Khas, Songkhla Kol Sompong Suwannawong berkata, bekas anggota tentera itu, Nop Insrikaew, 47 atau "Nop" ditahan di daerah Pumpin, wilayah Surat Thani petang Selasa.

"Pada peringkat awal siasatan, Nop telah mengaku terhadap tuduhan membunuh, bersekongkol untuk membunuh dan memiliki senjata serta peluru tanpa kebenaran," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Menurutnya, sebelum dibuang tugas sebagai anggota tentera dan melarikan diri ke wilayah Surat Thani, suspek pernah bertugas di tiga wilayah selatan Thai.

Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Disember tahun lepas, ahli perniagaan Malaysia itu Lee Ah Han, 54, ditembak mati ketika sedang memandu sebuah kereta mewah di jalan raya berhampiran Kampung Pruk, Hatyai menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai.

Kereta mewah dipandu Lee atau dikenali sebagai "Ali Baba" ditembak menggunakan senjata M-16, yang turut menyebabkan isterinya, Mayuree Thipmani cedera parah.

Lee merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal di sempadan Malaysia-Thailand khasnya di Danok, Sadao yang turut menjadi orang tengah dalam urusan jual-beli tanah di Danok melibatkan ahli perniagaan Malaysia. 

Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Vichapan Chantraporn dilaporkan berkata sebelum ini, maklumat perisikan polis mendapati mangsa mempunyai masalah hutang sebanyak 35 juta Baht (RM1=7.8Baht) yang dibayar menggunakan cek tendang.

Susulan daripada kejadian itu, pihak polis Thai telah mengeluarkan waran tangkap terhadap tujuh orang termasuk dua yang disyaki mengupah suspek serta seorang lagi ahli perniagaan Malaysia yang tidak didedahkan identitinya. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan